Siaran Media

RAKYAT DINASIHATKAN BERHATI-HATI DENGAN SCAMMER TALIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Mei 10, 2024

Papar
KERAJAAN TINGKATKAN PERUNTUKAN STR FASA 2 SEBANYAK 20%;
8.4 JUTA RAKYAT AKAN MENERIMA BANTUAN SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI
April 1, 2024

Papar
PELUASAN PENUNAIAN STR BAGI KAWASAN PEDALAMAN SEMENANJUNG MALAYSIA KHUSUSNYA MASYARAKAT ORANG ASLI
Mac 3, 2024

Papar
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024: KERAJAAN TINGKATKAN BAYARAN FASA 1 SEHINGGA RM500
Jan 26, 2024

Papar
SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024: RM700 JUTA UNTUK 700,000 PENERIMA SUBSIDI BERSASAR MENGANGKAT TARAF EKONOMI GOLONGAN RENTAN
Jan 19, 2024

Papar
HAMPIR 60% PENDUDUK DEWASA MALAYSIA MEMANFAATKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) TAHUN INI
Nov 1, 2023

Papar
PERUNTUKAN RM1 BILION BAGI eMADANI DIJANGKA MEMANFAATKAN SEHINGGA 10 JUTA RAKYAT MALAYSIA
Nov 29, 2023

Papar

Makluman Terkini

Pembayaran STR Fasa 2

Pembayaran STR 2024 Fasa 2 mulai 03 April 2024 secara berperingkat.
Penerima bayaran STR 2024 Fasa 2 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang berstatus Lulus
Kaedah pembayaran:
  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon/Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran STR 2024

Semakan Status STR Fasa 2

Status Kelulusan dan Pembayaran Permohonan Sedia Ada, Permohonan Baharu dan Semakan Semula (Rayuan) boleh disemak melalui 03 April 2024 secara berperingkat. KLik Log Masuk MySTR untuk semakan lanjut.
Surat Kelulusan bagi permohonan yang lulus kali pertama boleh dimuat turun dari semasa ke semasa pada menu MySTR Peti Mel Surat

Pembukaan Skrin Kemas Kini Maklumat Asas STR 2024

Skrin Kemas Kini Maklumat Asas STR 2024 telah dibuka mulai 29 Januari 2024 secara bertempoh seperti di bawah:
Bil. Tarikh Skrin Dibuka Tarikh Skrin Ditutup
1. 29 Januari 2024 11 Mac 2024
2. Minggu Pertama April 2024 Minggu Keempat April 2024
3. Minggu Pertama Mei 2024 Minggu Kedua Mei 2024
4. Minggu Ketiga Mei 2024 Minggu Keempat Mei 2024
5. Minggu Pertama Jun 2024 Minggu Kedua Jun 2024
6. Minggu Ketiga Jun 2024 Minggu Keempat Jun 2024
*Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Maklumat asas yang dibenarkan adalah seperti berkut:
  • No. Telefon Rumah Pemohon
  • No. Telefon Bimbit Pemohon
  • Alamat Surat Menyurat
  • Alamat e-Mel
  • Maklumat Akaun Bank Pemohon / Pasangan
  • No. Telefon Pasangan
  • Maklumat Waris
Kaedah pengemaskinian : Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Kemas Kini Maklumat STR 2024

Penyelenggaraan Portal STR 2024

Adalah dimaklumkan Portal STR 2024 telah selesai bagi proses penyelenggaraan berkala mulai 1 Mac sehingga 3 Mac 2024.
Skrin Permohonan Baharu dan Kemas Kini Maklumat secara dalam talian telah kembali pulih dan boleh diakses semula.
Sebarang Permohonan Baharu dan Kemas Kini Maklumat boleh dilakukan secara dalam talian atau dilakukan secara pengemukaan borang kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.

Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024

Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:
  • Mulai 29 Januari 2024
Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:
  • Secara Dalam Talian
  • Secara Pengemukaan Borang Kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.
Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.
Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 - Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024

Pembayaran STR Fasa 1

Pembayaran STR 2024 Fasa 1 mulai 29 Januari 2024 secara berperingkat.
Penerima bayaran STR 2024 Fasa 1 merujuk kepada permohonan STR 2024 yang diterima dan berstatus Lulus.
Kaedah pembayaran:
  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran Fasa 1.

Semakan Status STR 2024

Status kelulusan permohonan STR 2024 boleh disemak mulai 29 Januari 2024. Klik Masuk MySTR untuk semakan lanjut.
Surat kelulusan boleh dimuat turun dari semasa ke semasa pada menu MySTR Peti Mel Surat

Penyelenggaraan Portal STR 2024

Adalah dimaklumkan Portal STR 2024 telah selesai bagi proses penyelenggaraan berkala mulai 8 Disember sehingga 11 Disember 2023.
Skrin Permohonan Baharu dan Kemas Kini Maklumat secara dalam talian telah kembali pulih dan boleh diakses semula.
Sebarang Permohonan Baharu dan Kemas Kini Maklumat boleh dilakukan secara dalam talian atau dilakukan secara pengemukaan borang kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.

Permohonan Baharu / Kemas Kini 2024

Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 1 November 2023
Kaedah Permohonan :
Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.

Notis Amaran

Berhati-hati dengan Penyamaran

LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan permohonan baharu, permohonan kemas kini atau semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara bergerak melalui Pegawai LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

MOF / LHDNM menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / AKAUN MEDIA SOSIAL PALSU berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di media sosial. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan dan soalan mengenai STR menerusi whatsapp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi.

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

Tiada Caj

TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan baharu, permohonan kemas kini atau semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau 'scam' yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi STR bagi sebarang semakan dan makluman terkini

Waspada Dengan Scammer. Berhati-Hati Dan Jangan Terpedaya

Hebahan Infografik

Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2024

Skim Khairat Kematian (SKK) 2024

Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.
Tarikh Tuntutan SKK - Mulai 01 Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024.
Kaedah Tuntutan – Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Maklumat Waris dan SKK 2024

Hubungan Waris Yang Layak Tuntut SKK

Permohonan Kategori Kahwin.
  • Pasangan (wujud pada permohonan STR 2024); atau
  • Pemohon diberi keutamaan untuk tuntutan SKK sekiranya Pasangan (wujud pada permohonan STR 2024) meninggal dunia; atau
  • Waris berdaftar pada Permohonan STR 2024 sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN. Bawa bersama dokumen sokongan tambahan.
Permohonan Kategori Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai Anak yang menepati syarat atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Waris berdaftar pada Permohonan STR 2024.
Hubungan Waris yang layak adalah:
  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik

Syarat Kelayakan SKK

Permohonan berstatus Lulus STR 2024 bagi kategori:
  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; atau
  • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024
Individu meninggal dunia yang layak SKK
  • Pemohon
  • Pasangan yang wujud pada borang Permohonan Lulus STR 2024 dan berstatus Warganegara

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Tuntutan SKK

Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
Dokumen Pengenalan Diri asal Waris; atau
Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu)
Pendaftaran kredit e-tunai eMADANI dibuka mulai 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 dan kredit boleh dimanfaatkan sehingga 29 Februari 2024.
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan penerima STR atau mempunyai pendapatan yang mana pendapatan tahunan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah layak menerima sumbangan kredit e-tunai eMADANI berjumlah RM100 bagi setiap individu.
Empat penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat dalam program iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet
Sila klik Siaran Media Pelaksanaan Program eMADANI.
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) eMADANI (BM).
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) eMADANI (ENG).
Sila klik https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI atau https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.

SARA 2024

Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia.
Penyaluran bantuan tunai untuk penerima SARA dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula pada 19 Februari 2024 (Isnin).
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang secara tanpa tunai (cashless).
Manakala penerima SARA di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Sila klik Siaran Media Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sila klik https://bantuantunai.hasil.gov.my berkenaan soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA.
Sila klik https://www.mykasih.com.my mengenai maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA.