Maklumat
Terkini
Permohonan STR 2027 dibuka sepanjang tahun mulai 15 Oktober 2026
Permohonan STR 2027 dibuka sepanjang tahun mulai 15 Oktober 2026
Pemohon yang tidak mengemas kini permohonan STR selama tiga (3) tahun berturut-turut dikehendaki mengemas kini permohonan STR 2027 bagi memastikan maklumat yang dikemukakan adalah terkini dan tepat.
Pemohonan baharu dan kemas kini STR 2027 boleh dibuat melalui kaedah berikut:
Ø Secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR 2027 https://bantuantunai.hasil.gov.my
Ø Secara pengemukaan borang permohonan di Pejabat HASiL yang berdekatan.
LOG MASUK MYSTR
Log masuk ke akaun MySTR boleh dilakukan menggunakan maklumat log masuk sedia ada mulai 15 Oktober 2026.
Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2027 bagi pemohon yang telah mendaftarkan akaun MySTR 2027.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat HASiL berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.