Sumbangan Tunai Rahmah
Maklumat Terkini
- Tempoh permohonan STR adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.
- Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut – turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.
-
Kaedah Permohonan STR :
- Sila klik https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Secara pengemukaan borang ke Pejabat HASiL berdekatan.
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.






