Maklumat
Terkini

Pembayaran Fasa 2 STR 2026
Mac 2026

Pembayaran Fasa 2 STR 2026 bagi Penerima Sedia Ada STR 2026 adalah mulai 10 Mac 2026 secara berperingkat.

Penerima bayaran STR Fasa 2 merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian dan status warganegara pemohon dan pasangan sehingga 13 Februari 2026.

Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan Fasa 2 STR 2026, semakan status dan pembayaran adalah mulai 30 Mac 2026 secara berperingkat.

Kaedah pembayaran:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sila klik https://bantuantunai.hasil.gov.my/


PENYELENGGARAAN PORTAL STR 2026
Mac 2026

Adalah dimaklumkan Portal STR 2026 melalui proses penutupan sementara mulai 04 Mac 2026 sehingga 05 Mac 2026 (mulai jam 09:00 malam – 08:00 pagi).

Skrin Permohonan Baharu, Rayuan dan Kemas Kini Maklumat secara dalam talian ditutup sepanjang tempoh tersebut.

Sebarang Permohonan Baharu, Rayuan dan Kemas Kini Maklumat boleh dilakukan secara pengemukaan borang kertas ke Pejabat HASiL berdekatan.

Oleh itu, skrin Permohonan Baharu, Rayuan dan Kemas Kini Maklumat hanya boleh diakses secara dalam talian mulai 05 Mac 2026.


TARIKH AKHIR KEMAS KINI MAKLUMAT WARIS STR 2025
Januari 2026

Permohonan STR 2025 berstatus Lulus boleh kemas kini maklumat waris bagi tujuan penunaian baki STR serta tuntutan SKK 2025. Tarikh akhir kemas kini waris adalah sehingga 15 Januari 2026. Waris baharu boleh hadir ke BSN mulai 21 Januari 2026 secara berperingkat.

Kemas kini waris STR 2025 boleh dilakukan pada menu MySTR 2025 Kemas Kini Maklumat Asas Maklumat Waris.


SEMAKAN STATUS STR & SARA 2026
Januari 2026

Keputusan STR dan SARA 2026 boleh disemak mulai 9 Januari 2026. Klik Log Masuk untuk semakan lanjut.

Surat kelulusan boleh dimuat turun dari semasa ke semasa pada menu MySTR Peti Mel Surat.

Penerima STR dan SARA 2026 merujuk kepada permohonan STR 2026 yang berstatus Lulus.

Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Semakan Status STR 2026 untuk maklumat lanjut.

PEMBAYARAN SARA BULANAN
Januari 2026

Penerima Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan boleh menggunakan SARA secara berperingkat mulai 9 Januari 2026.

Penerima Kategori Bujang boleh menggunakan SARA Bulanan mulai 16 Januari 2026.

Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk maklumat lanjut.

PEMBAYARAN FASA 1 STR 2026
Januari 2026

Pembayaran Fasa 1 STR 2026 akan bermula mulai 20 Januari 2026 secara berperingkat.

Kaedah pembayaran:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran STR 2026 untuk maklumat lanjut.

PERMOHONAN RAYUAN Fasa 2 STR 2026
Januari 2026

Bagi permohonan yang Tidak Lulus Fasa 1, permohonan rayuan boleh dilakukan mulai 12 Januari sehingga 13 Februari 2026.

Klik Log Masuk untuk semakan lanjut.

Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2026 untuk maklumat lanjut.

PELANJUTAN TARIKH AKHIR TUNTUTAN STR DAN SKK 2025 SERTA BUDI MADANI 2025
Januari 2026

Pihak Kerajaan telah meluluskan bagi pelanjutan tarikh akhir tuntutan baki STR 2025 dan SKK bagi kematian penerima dan pasangan sepanjang tahun 2025.

Tarikh akhir tuntutan baharu adalah sehingga 31 Januari 2026 di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

PENYELENGGARAAN PORTAL STR 2026
November 2025

Adalah dimaklumkan Portal STR 2026 telah selesai melalui proses penyelenggaraan berkala mulai 28 November 2025 (mulai jam 05.01 petang) sehingga 03 Disember 2025.

Skrin Permohonan Baharu secara dalam talian dan pengemukaan borang kertas ke Pejabat LHDNM telah boleh dilakukan.

MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER STR
November 2025

Makluman penutupan sementara Kaunter-Kaunter Perkhidmatan STR 2026 pada 28 November 2026 (Jumaat) kerana cuaca tidak menentu dan dikhuatiri banjir.

Kaunter yang terlibat :

➤ Kelantan

  • HASiL Satelit Gua Musang
  • HASiL Satelit Kuala Krai
  • HASiL Satelit Pasir Mas
  • HASiL Satelit Pasir Puteh
  • HASiL Satelit Tanah Merah

➤ Terengganu

  • HASiL Satelit Besut
  • HASiL Satelit Hulu Terengganu
  • HASiL Satelit Dungun
  • HASiL Satelit Kemaman

Sebagai alternatif, Pemohon boleh mendapatkan perkhidmatan di Pejabat HASiL berdekatan atau secara dalam talian.

PERMOHONAN TIDAK KEMAS KINI PERMOHONAN 3 TAHUN BERTURUT-TURUT
NOVEMBER 2025

Permohonan yang tidak kemas kini permohonan mulai STR 2023, STR 2024 dan STR 2025 perlu mengemaskini permohonan STR 2026 Fasa 1 yang dibuka sehingga 28 November 2025.

Hebahan peringatan mesra secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telah dilakukan pada 25 November 2025 bagi permohonan yang masih tiada rekod kemas kini STR 2026.

Ketetapan ini tidak terpakai bagi permohonan STR di bawah kategori Warga Emas serta Kategori Pedalaman STR.

KEMAS KINI MAKLUMAT WARIS STR 2025
NOVEMBER 2025

Permohonan STR 2025 berstatus Lulus boleh kemas kini maklumat waris bagi tujuan penunaian baki STR serta tuntutan SKK 2025.

Kemas kini waris STR 2025 boleh dilakukan pada menu MySTR 2025 Kemas Kini Maklumat Asas Maklumat Waris.

Pengemaskinian Borang STR 2026 masih dibuka dan perlu dilakukan pada menu MySTR Perubahan Maklumat Permohonan.

Pembayaran Fasa 4 STR 2025
Oktober 2025

Pembayaran STR 2025 Fasa 4 bagi Penerima Sedia Ada STR 2025 adalah seperti perincian berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon/Pasangan - mulai 18 Oktober 2025 secara berperingkat.
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) – mulai 21 Oktober 2025.

Penerima bayaran STR 2025 Fasa 4 merujuk kepada permohonan STR 2025 yang berstatus Lulus.

Bagi Permohonan Baharu dan Rayuan STR 2025 Fasa 4, semakan status dan pembayaran akan dilakukan mulai 13 November 2025 secara berperingkat.

Kaedah pembayaran:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon/Pasangan.
  • Penunaian di Cawangan BSN.

Sila klik https://bantuantunai.hasil.gov.my

Permohonan Baharu / Kemas Kini STR 2026
Oktober 2025

Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.

Permohonan STR yang tidak dikemas kini selama 3 tahun berturut – turut perlu mengemas kini permohonan STR 2026.

Kaedah Permohonan :

Log Masuk MySTR
Oktober 2025

Log Masuk ke akaun hanya boleh dilakukan menggunakan Log Masuk sedia ada bermula 15 Oktober 2025.

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2026 bagi pemohon yang telah mendaftarkan akaun MySTR 2026.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Sila tunggu sebentar...