Notis
Amaran
LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan permohonan baharu, permohonan kemas kini atau semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara bergerak melalui Pegawai LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
MOF / LHDNM menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / AKAUN MEDIA SOSIAL PALSU berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di media sosial. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan dan soalan mengenai STR menerusi WhatsApp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi.
LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol STR 2026. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
Waspada Dengan Scammer. Berhati-Hati Dan Jangan Terpedaya
TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan baharu, permohonan kemas kini atau semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau 'scam' yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi STR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.





