Skim Khairat
Kematian (SKK)

Skim Khairat Kematian (SKK) 2026.

Amaun Tuntutan - RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Tarikh Tuntutan SKK – Mulai 01 Februari 2026.

Kaedah Tuntutan - Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Maklumat Waris & SKK STR 2026 untuk maklumat lanjut.

Hubungan Waris Yang Layak Tuntut SKK

Permohonan Kategori Kahwin

  • Pasangan (wujud pada permohonan STR 2026); atau
  • Pemohon diberi keutamaan untuk tuntutan SKK sekiranya Pasangan (wujud pada permohonan STR 2026) meninggal dunia; atau
  • Waris berdaftar pada Permohonan STR 2026 sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN. Bawa bersama dokumen sokongan tambahan.

Permohonan Kategori Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai Anak yang menepati syarat atau Warga Emas Tiada Pasangan.

  • Waris berdaftar pada Permohonan STR 2026.

Hubungan Waris yang layak adalah:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik
Syarat Kelayakan SKK

Permohonan berstatus Lulus STR 2026 bagi kategori:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; atau
  • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2026 sehingga 31 Disember 2026.

Individu meninggal dunia yang layak SKK

  • Pemohon.
  • Pasangan yang wujud pada borang Permohonan Lulus STR 2026 dan berstatus Warganegara.
Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Tuntutan SKK

Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan

Dokumen Pengenalan Diri asal Waris; atau

Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu).

Sila tunggu sebentar...