Sumbangan Asas Rahmah
(SARA)

Kelayakan SARA 2026 adalah terhad kepada:
  1. SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    1. Warganegara Malaysia; dan
    2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025 atau pada tarikh data semakan berkala.
  2. SARA STR 2026
    1. Warganegara Malaysia; dan
    2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih dengan ketetapan seperti berikut:
  1. Data eKasih 31 Oktober 2025 (layak SARA 2026 mulai Fasa 1)
  2. Data eKasih 31 Januari 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 2)
  3. Data eKasih 31 Julai 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 3)
  4. Data eKasih 31 Oktober 2026 (layak SARA 2026 mulai Fasa 4)

  • Penerima SARA 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
  • Penerima STR 2026 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2026 berjumlah RM200 / RM150 / RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 - Disember 2026).
  • Manakala kadar tambahan SARA kepada semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang adalah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2026 - Disember 2026).
  • Walaubagaimanapun, amaun kelayakan SARA 2026 adalah tertakluk kepada fasa STR 2026 diluluskan. Sekiranya permohonan STR diluluskan mulai semakan Fasa 2 / Fasa 3 / Fasa 4, bayaran SARA yang akan diterima adalah mulai bulan permohonan STR berkenaan diluluskan.
  • Maklumat lanjut sila klik Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Sila tunggu sebentar...