Penyaluran bantuan tunai bantuan tunai tambahan
one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada
kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR mulai 9 Disember 2024 (Isnin) dengan kadar bayaran RM300 bagi kategori Isi Rumah dan RM150
bagi kategori Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan.
Pelaksanaan
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari
Semenanjung Malaysia.
Penyaluran bantuan tunai untuk penerima SARA dari negeri
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula pada 19 Februari 2024 (Isnin).
Kelayakan SARA adalah
terhad kepada:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Bagi
penerima program SARA di
Semenanjung Malaysia,
bantuan SARA akan disalurkan
secara bulanan iaitu
RM100 sebulan untuk isi rumah dan
warga emas tiada pasangan dan
RM50 sebulan untuk golongan bujang secara tanpa tunai (cashless).
Manakala
penerima SARA di
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,
bantuan SARA akan disalurkan
dua kali setahun iaitu
RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan
RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan mulai September 2024 melalui
pengkreditan ke akaun bank / secara tunai
di cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.
Sila klik
Siaran Media Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sila klik
Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sila klik
https://bantuantunai.hasil.gov.my berkenaan
soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA.
Sila klik
https://www.mykasih.com.my mengenai
maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA.