Sumbangan Tunai Rahmah
Maklumat Terkini
- Adalah dimaklumkan bahawa Portal STR 2026 akan menjalani proses penyelenggaraan berkala bermula pada 15 Jun 2026 (jam 05.01 petang) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
- Skrin Permohonan Baharu, Rayuan dan Kemas Kini Maklumat secara dalam talian akan ditutup sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut.
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.






